Tuesday, October 20, 2015

ANTARA TOL DENGAN BR1M

Baru-baru ini kita diberikan satu lagi hadiah dari kerajaan yang memerintah Negara Malaysia dengan kenaikkan kadar bayaran tol antara bandar. Memanda Menteri, DS Najib Razak berkata, kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol bagi menampung pembiayaan program BR1M dan sekiranya tidak dinaikkan, maka kemungkinan bayaran BR1M akan dikurangkan kerana kekangan kewangaan negara.
Persoalan yang timbul dibenak saya, kenapa program BR1M masih diteruskan sekiranya kewangan negara berada ditahap yang kurang bagus.
Sesuatu program untuk rakyat seperti BR1M memerlukan satu jumlah kewangaan yang besar bagi menampung pelaksanaannya dari sumber lebihan negara. Yang terjadi kini ialah perah dari belah kanan rakyat dibandar dan beri kepada belah kiri rakyat dikampung.
Rata-rata pengguna tol antara bandar adalah mereka yang menyumbangkan cukai pendapatan dan juga pengguna petrol dan diesel yang utama di Malaysia. Mereka menggunakan jumlah pendapatan mereka untuk membayar cukai pendapatan, membeli petrol dan diesel dan juga membayar tol setiap hari.
Dengan pendapatan yang mencecah RM4000 sebulan, maka secara automatik, mereka ini tidak layak mendapat BR1M kerana jumlah pendapatan RM4000 kebawah merupakan syarat bagi mendapatkan BR1M bagi rakyat Malaysia.
Untuk menjalankan pentadbiran mengikut cara kerajaan yang sedia ada sekarang ini, seorang Perdana Menteri tidak perlu mempunyai sebarang kelulusan. Cukup belajar sampai darjah 6 pun layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Untuk menjadi menteri cabinet, cukup hanya boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan untuk menjadi ahli politik bahagian dan cawangan, cukup hanya pandai mendengar dan mengangguk.
Para pengguna Tol antara bandar merupakan orang yang paling terainaya dalam Malaysia. Selain tidak mendapat BR1M, tol-tol antara bandar juga sekarang ni banyak yang menggunakan system bayaran eletronik yang dikenali sebagai Touch n Go dan Smart Tag. Para konsesi lebuhraya mendapat keuntungan dengan penjualan kad touch n go serta Smart Tag. Kemudian, para konsesi mendapat keuntungan kedua dengan mendapatkan bayaran awal top up yang mana setiap kad touch n go perlu diisi sebelum digunakan. Keuntungan ketiga, apabila system elektronik dijalankan, para pekerja tol akan dikurangkan dan secara automatic pihak konsesi akan menjimatkan dari segi upah kerja, caruman kwsp dan socso serta kos perubatan pekerja. Tanpa menaikkan kadar tol pun, pihak konsesi boleh mengaut keuntungan yang banyak melalui ketiga-tiga kaedah ini. Dengan cara top up kad touch n go sahaja, pihak konsesi boleh mencapai ratusan ribu ringgit keuntungan dengan menggunakan wang di perolehi secara meletakkan di fixed deposit bank dengan kadar yang dipersetujui.
Sebagai contoh, sekiranya sebuah kenderaan meletakkan RM100 pada 1 haribulan setiap bulan dan penggunaan hanya sebanyak rm 5 sehari maka kenderaan tersebut memerlukan 20 hari untuk menghabiskkan jumlah tersebut. Indek jumlah kenderaan di Kuala Lumpur sahaja mencecah 14.8 juta sahaja tahun lepas dan kita nmengambil peratusan 60% dari jumlah tersebut adalah kenderaan yang membayar tol iaitu berjumlah hampir 9 juta kenderaan mengisi anggaran rm100 sebulan. Dengan jumlah tersebut pihak konsesi mendapat 900 juta RM yang boleh digunakan dalam tempoh 20 hari dan pihak konsesi hanya memerlukan 500 juta untuk diletakkan kedalam fixed deposited dengan anggaran kadar keuntungan selama 3 bulan sebanyak 15% dan tanpa bersusah payah, pihak konsesi mampu menjana pendapatan tambahan berjumlah 75 juta.
Bagi rakyat bandar pula, kenaikkan kadar tol bukan jaminan lebuhraya akan bertambah licin perjalanannya. Kesesakan berlaku setiap hari dan secara tak langsung, penggunaan minyak baik petrol atau diesel akan bertambah dan kerajaan dengan senang hati menaikkan harga minyak dengan alasan kejatuhan mata wang negara memberi impak kepada kejatuhan harga komoditi minyak negara walaupun harga minyak dunia turun. Negara lain berebut untuk menurunkan harga minyak tetapi Malaysia menaikkan harga minyak. Jangan cakaplah kalau harga minyak dunia melambung, lagi senang pihak kerajaan nak menaikkan harga minya kerana itu trend dunia katanya.
Dikampung-kampung pula, kerajaan mengwar-warkan betapa perihatinnya kerajaan kepada rakyat dengan memberi BR1M bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat. Orang kampong pula merasa betapa bagusnya kerajaan yang menyalurkan BR1M kepada mereka. Sebenarnya, penerima BR1M seharusnya merasa malu menerima BR1M dengan menyusahkan rakyat lain. Ini tidak…penerima BR1M mengutuk kononnya golongan penentang kerajaan atau lebih tepat penyokong pembangkang tidak berhak mendapat BR1M yang diberi oleh kerajaan. Sedarkah penerima BR1M bahawa wang yang anda perolehi itu adalah dari keringat orang-orang yang berkerja untuk kelangsungan hidup dan mereka2 ini adalah golongan yang menyokong pembangkang tetapi diperah hasil pendapatan mereka untuk diberi kepada anda semua. Orang-orang dibandar terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menampung kekurangan walaupun bergaji RM4000 sebulan. Dengan kos sewa rumah yang tinggi, kos perkhidmatan bas sekolah yang tinggi, kos penggankutan yang tinggi, kos makanan yang tinggi dan pelbagai lagi kos yang dihadapi termasuk indah water, kos perkhidmatan sampah, nilai rm4000 yang ada hanya berbaki beberapa ratus sahaja untuk dipakai diujung bulan.
Kita sebagai rakyat tidak merancang untuk perbelanjaan selama 5 tahun. Kita cuma merancang dengan pendapatan sebanyak RM4000 maka kita akan membelanjakan ikut kadar kemampuan kita. Kita menghantar anak ke sekolah berasrama penuh yang terbaik hasil dari usaha gigih anak2 kita untuk mencapai keputusan terbaik bagi kelangsungan hidup dimasa hadapan. Kita tidak tahu bahawa kerajaan akan memperkenalkan GST. Kita tidak tahu bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak. Kita tidak tahu bahawa kerajaan akan menaikkan kadar tol. Ini kerana janji-janji DS Najib semasa kempen pilihanraya dan dilancarkan manifesto untuk menggurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat. Kita dimomokkan dengan retorik yang pelaksanaan GST akan membuatkan harga barangan jadi lebih murah dan kita dimomokkan dengan peningkatan ekonomi kepada rakyat. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. GST diperkenalkan dan barangan yang sebelum ini murah menjadi mahal dan kuasa membeli rakyat berkurangan. Kadar tol dinaikkan dan subsidi minyak ditarik balik dan harga minyak diapung dengan harga minyak dunia. Bila harga minyak dunia naik, maka harga minyak kita naik. Bila harga minyak dunia turun, harga minyak kita naik sebab matawang kita susut nilai. Jadi tak ada yang turun. Maka kita yang merancang kos sebelum ini tanpa ada penambahan pendapatan akan bertambah perbelanjaan. Dan perancangan tahunan kita yang sebelum ini merupakan perancangan berhemah menjadi perbelanjaan defisit dan kos-kos kenaikkan tambahan tidak dapat diserap dan maka apa yang terjadi ialah penghasilan masyarakat berhutang.
Bagi orang dewasa, kita mampu mengurangkan jumlah makanan kita, tetapi bagi bayi serta para pelajar, kos pengangkutan, kos buku2 pembelajaran, kos susu tepong dan kos-kos penting tak boleh dikurangkan. Akhirnya apabila cukup bulan, bil letrik tersangkut. Bil telefon tersangkut. Bayaran ansuran kenderaan tersangkut. Bayaran yuran tuisyen anak tersangkut. Dan akhirnya mana-mana yang terlibat dengan pihak bank akan diistihar bangkrapsi.
Tetapi penerima BR1M seronok kerana mendapat BR1M.

Sebagai salah seorang rakyat yang diperah disebelah kanan sehingga mati aku tidak halalkan wang yang diperah itu digunakan untuk BR1M.

No comments:

Post a Comment