70% Ahli Politik Malaysia Tak Boleh Pakai…..
Hari ini aku nak cerita pasal
ahli-ahli politik negara Malaysia yang tercinta. Bagi aku… 70% ahli politik
Malaysia tak kira dari blok pemerintah ke atau blok pembangkang ke…, semua tak
boleh pakai. Semuanya menjaga tembolok masing-masing. Tak kira la dari parti
mana sekali pun.
Kalau dari blok pemerintah…sebarang
usul yang dibuat oleh Memanda Perdana Menteri akan diterima akan diterima tanpa
sebarang bangkangan dengan alasan menghormati pendirian parti atau tak boleh
langgar arahan parti. Itu bukanlah alasan sebenar kerana alasan sebenarnya
adalah “Wa takut Miss Soru….”. Kita lihat contohnya apabila Muhyddin Yassin
tegur PM maka hilanglah jawatan TPM. Bila Shafie Afdal tegur PM, hilanglah
jawatan Menteri beliau. Bila ahli tegur presiden dalam perbahasan Mesyuarat
Agung, dibuang dari parti (Pn. Aina – Langkawi) dan bila penjawat awam nak
melaksanakan tugas dengan lebih telus, samaada ditukar atau dipencen awalkan
(bekas Peguam Negara dan juga anggota SPRM). Jadi apa yang perlu ahli politik
blok pemerintah lakukan adalah membela presiden mereka walaupun kadang-kadang
ucapan pembelaan mereka memancarkan tahap kebodohan paling maksima dalam
keintelektuallan mereka. Itu semua dilakukan adalah untuk menjaga tembolok
mereka supaya tidak kering seperti rakyat yang diperah bak kain basah. Pergi
mampus dengan rakyat yang mengundi aku…pergi mampus dengan rakyat yang menolak
aku. Yang penting aku diatas dan tembolok aku penuh. Itu flasafah ahli politik
blok pemerintah.
Bagi blok pembangkang pun sama.
PAS menukar wadah dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Maka
berebut-rebutlah ahli-ahli politik PAS membuat roadshow keseluruh negara
menerangkan bahawa NEGARA KEBAJIKAN membawa maksud hampir sama dengan NEGARA
ISLAM kerana ISLAM mengutamakan KEBAJIKAN. Makin dekat dengan musim
pilihanraya, makin banyak roadshow dibuat untuk diberi penerangan dan yang
paling utama ialah meminta derma kerana kononnya PAS adalah sebuah parti miskin
yang memerlukan derma untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional. Maka crowd
puller seperti Mat Sabu, Husam, Khalid Samat, Mazlan Aliman, Dr. Hatta Ramli,
Dr.Mujahid dan ramai lagi meninggalkan rumah untuk bergerak satu Malaysia bagi
berkempen dengan berdiri satu pentas dengan Anuar Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin
Nasution, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan ramai lagi atas nama PAKATAN RAKYAT.
Semakin banyak majlis yang dihadiri oleh nama-nama besar, semakin banyak duit
derma yang masyuk. Akhirnya bila tiba masa penamaan calun, tikaman mula
berlaku. Saya mengatakan tikaman dan
bukan tikam menikam kerana hanya satu pihak sahaja yang menikam dan tiada tikaman
balas dari pihak lain. Yang sedihnya parti yang menikam tu pulak parti yang
mengaku sebagai parti Islam. Dituduhnya calun yang ditikam dengan pelbagai
tuduhan yang yang tiada bukti sehingga calon BN menang dengan mudah. Lepas tu tak mengaku… hahah…
parti islam apa macam tu….Lebih baik tulis Parti Islam Separuh..
Bila buat muktamar, tuduh orang
tu agen DAP la, agen Anwar la dan macam-macam lagi sampi suruh keluar parti.
Bila puak-puak yang kena tuduh ni keluar, dituduhnya pengkhianat la…sampai satu
tahap aku sendiri tak yakin ni parti Islam sebenar. Yang terbaru pula guna nama
Dr.Yusuf Qardhawi pula untuk mengharamkan Parti Amanah yang ditubuhkan oleh
orang-orang yang DIHALAU keluar dari PAS.
Lepas tu mula la buat roadshow
tentang hal ehwal dalaman parti untuk mendapatkan balik sokongan dari puak-puak
yang terjejas. Hal GST, hal kenaikkan harga barang, Hal kenaikkan harga minyak
langsung tak dipeduli. Yang penting tembolok masing-masing mau jaga. Dah putus
dengan DAP tapi masih tak nak letak jawatan di negeri yang dipimpin oleh DAP.
Apa punya haprak ulama macam tu dalam PAS. Arwah bapak aku ajar, kalua tak
suka, berhenti…jadi tak kira la berapa gaji aku, bila aku tak suka aku akan
berhenti… Bahkan pernah bekas boss dating rumah offer kat bini aku pujuk supaya
aku masuk balik kerja dengan imbuhan bulanan kepada bini aku pun aku tak ingin.
Tak mahu jilat balik ludah tu woii…. Tapi ulama PAS ni jenis ludah jilat balik…
PKR pun sama juga. Waktu awal
penubuhan dulu kita Nampak hala tuju yang bagus. Walaupun Nampak seperti
membela nasib Anwar Ibrahim, tetapi ianya tetap nampak kompiten dalan
memperjuangkan rakyat. Waktu tu banyak hero muncul… Azam, Roslan Kassim, Lukman
Nor Adam, Zahid Hamidi, Saifuddin Nasution, Rahim Ghaouse, Azmin dan beberapa
nama lagi seperti Chandra Muzafar. Saya suka menyebut awal nama-nama seperti
Azam, Roslan Kasim, Lokman Nor Adam, Zahid Hamidi dan Candra Muzafar kerana mereka2
ini merupakan orang kuat KeADILan tetapi akhirnya mencanak lagi kerana
tembolok.
Di Era Reformasi, muncul pula
nama-nama baru seperti Tian Chua yang menunjukkan kehebatan dengan berbaring
dihadapan lori FRU dan dianggap paling hero di medan jalanan. Tetapi tanpa
dokongan yang kuat dari almarhum Ustaz Fadzil Nor dan juga Tuan Guru Nik Aziz,
PKR dah lama berkubur. Sama seperti PAS, PKR juga melaungkan untuk
memperjuangkan rakyat dan macam-macam lagi janji-janji yang diutarakan semasa
kempen pilihanraya dan ALLAH mengizinkan dengan memberi 5 buah negeri untuk
diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kelantan, Perak dan Kedah oleh PAS, Selangor
oleh PKR dan Pulau Pinang oleh DAP. Seperti yang diketahui, Perak hilang
setelah berapa bulan diperintah oleh PR diatas perjuangan tombolok oleh
beberapa ADUN dari PKR, DAP dan PAS yang melompat macam monyet untuk
mendapatkan habuan dari pihak BN. Kelantan diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz
yang sememangnya mengikut model pentadbiran Islam yang diterima oleh semua kaum
di Kelantan kecuali pihak pembangkan (di Kelantan – BN pembangkang). Terangganu
yang ditadbir oleh Hadi Awang hanya bertahan sepenggal kerana taka da ADUN
melompat tapi cara Hadi mentadbir tak dapat diterima oleh masyarakat Melayu di
Terangganu. Orang Terangganu kata Hadi ni tak mesra alam. Sama juga di Kedah,
Pas diberi peluang memerintah dan hanya bertahan selama sepenggal kerana macam Hadi juga, ustaz Azizan pun
dianggap cengei bagi orang utara. Hanya dia saja yang betul.
Di Selangor, PKR dikendalikan
oleh Khalid Ibrahim seorang tokoh usahawan yang membawa masuk Sime Darby ke
Malaysia. Dengan latar belakang sebagai ahli korporat, kita boleh menjangkakan
bahawa corak pentadbiran beliau akan kearah korporat management. Tanpa ilmu
politik, Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor dengan pelbagai
rancangan dalam membantu rakyat disamping menambah pendapatan negeri. Tak dapat
disangkalkan bahawa sepanjang kendalian Khalid Ibrahim, Selangor mencatat
pendapatan yang tinggi dan beberapa program kebajikan rakyat dilaksanakan.
Tetapi langit tidak selalu cerah kerana sebagai Menteri Besar dari parti
Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim yang berjiwa korporat menggunakan pendekatan
ketelusan sehingga mengabaikan penyokong-penyokong pakatan rakyat. Sebagai
contoh, Khalid Ibrahim akan memilih kontraktor yang memberikan sebutharga
terbaik bagi projek di Selangor tanpa mengira kontraktor tersebut mendokong
parti pemerintah (PR) atau parti pembangkang (UMNO/BN).
Beliau tidak sedar bahawa
ketelusan beliau membawa kesusahan kepada kontraktor dari Pakatan Rakyat. Ini
kerana sebelum PR memerintah, BN selalu meminggirkan kontraktor penyokong PR
dengan tawaran tender terus kepada kontraktor BN. Ini kerana, para kontraktor
BN ini akan menjadi mesin wang kepada BN jika berlaku pilihanraya kecil. Bagi
kontraktor PR pula, sewaktu BN memerintah, mereka terpinggir tetapi masih
meneruskan sumbangan kepada PR dalam menjatuhkan BN. Apabila BN jatuh dan PR naik,
sekali lagi mereka disisihkan diatas semangat ketelusan oleh Khalid Ibrahim.
Khalid Ibrahim lupa bahawa para kontraktor UMNO/BN akam meletakkan harga yang
paling rendah untuk menafikan kejayaan kontraktor PR dan sekiranya mereka rugi,
terdapat orang-orang bahagian dan pusat yang akan membantu mereka dan ditambah
dengan sifat kedekut Khalid Ibrahim dalam menyalurkan peruntukkan kepada ADUN
PR maka disitu timbullah idea Kajang Move yang mana ditolak oleh Hadi Awang
walaupun disokong oleh barisan pimpinan PR yang lain.
Setelah Azmin ditabalkan menjadi
Menteri Besar yang baru, kita melihat pentadbiran Najib semakin menekan rakyat.
Tapi yang celakanya….bukan Najib saja yang menekan rakyat, Azmin pun sama.
Rakyat yang tertekan dengan kenaikkan kos sara hidup disebabkan GST, Minyak dan
yang terbaru TOL cuba menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka
warong burger dan warong-warong makanan ringan. Tanpa memikirkan betapa susah
rakyat mencari pendapatan tambahan kerana kerajaan negeri juga tidak mempunyai
idea bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat Selangor, Majlis Perbandaran
dibawah kerajaan Negeri Selangor bertindak meroboh dan merampas gerai-gerai dan
peralatan mereka-mereka yang menjaja untuk menambah pendapatan keluarga.
Disini aku bukan nak sokong
sesiapa tetapi aku puji Dato Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dia tahu bahawa kos sara hidup tinggi tapi dia tak mahu mana2 agensi
penguatkuasaan menganggu para peniaga kecil ini. Biarkan mereka berniaga… Itu
aku dengar sendiri dari mulut dia yang dimuatkan dalam youtube…
Sekarang geng-geng PKR bertekak
merebut jawatan. Nak jatuhkan presiden dan juga setiausaha agung dengarnya. Wei
kau orang semua, Rafizi tu layak berada disitu berbanding yang lain. Saya tak
pernah dengan Tian Chua berbahas dalam Parlimen. Tak pernah melihat baik Azmin,
Tian Chua mahupun Khalid Ibrahim semasa berada didalam KeADILan mencari dan
membentang fakta seperti Rafizi. Rafizi mencari fakta untuk diberitahu kepada
rakyat. Yang kau orang tahu hanya jaga tembolok masing-masing.
DAP pun sama…tapi masih terbaik
dari kalangan parti-parti yang lain. Dituduh dengan pelbagai tuduhan rasis dan agen
komunis, mereka masih lagi memberi dan menaikkan peruntukkan kepada Agama Islam
setiap tahun di Pulau Pinang.
Dah dua hari Parlimen bersidang,
hanya nama2 pemimpin dari DAP sahaja yang bangun dalam menyuarakan hal TOL dan
GST.. Mana Tantawi Vellfire….Mana Nik Abduh…Mana Tuan Ibrahim….dan mana Hadi
Awang yang tengelam dengan HUDUDnya… Mana Tian Chua….Mana Azmin…..
Apa yang pasti mereka-mereka ni
bila kalah pada pilihanraya depan dah pasti ada pencen Ahli Parlimen makan
sampai mati…..Pooorah…..